Sesungguhnya , penantian itu suatu seksa. Namun, itulah ujian bagi Seorang wanita tabah. Dr Khyrina Airin Fariza berapa banyak tangisan dengan perjuangan untuk miliki segulung Ijazah Doktor Falsafah. Dugaan Viva beliau di tangguhkan kerana Pemeriksa Luar di jemput ilahi. Akhirnya, penantian itu berbaloi.
Ikuti perkongsian beliau. Di sebalik rasa down dan sedih dengan penangguhan Viva nya. Akhirnya beliau berjaya juga menyelesaikan Phd nya.
‘”Assalamualaikum n good day to all…
Mungkin ada yg mengenali sy dan mungkin ada yg tidak… Sekadar berkongsi pengalaman saya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar PhD, isteri, anak, menantu dan mama kepada 5org anak yg sekarang berumur 15, 14, 9, 5 dan 3 tahun…
Sy sama seperti rakan2 sebelum ini, berkongsi gambar n cerita utk menyuntik semangat rakan2, adik2 seperjuangan dlm menuntut ilmu… Masing2 ada dugaan masing2 tak kira samada bujang atau berkeluarga… Tiada yg mustahil asalkan kita teruskan apa yg patut kita habiskan ???…
Bila rasa down, suami, keluarga dan supervisor Prof Dr Burairah Hussindan keluarga la yg banyak membantu memberikan sokongan dan motivation… Merekalah tulang belakang sy… Pastu sy fikirkn balik RM100K biasiswa yg perlu dibayar semula kalau tak habiskn study tu…
Sy mula belajar 14/2/2012, masa tu anak yg ke-4 berumur 1 tahun, dlm masa yg sama ank sulung sy berumur 11 tahun mula exam UPKK (sekolah agama) dan tahun berikutnya 2013 exam UPSR… Walau apa jua pendapat org ttg UPKK dan UPSR hanya exam biasa, sy fikirkn utk berikan perhatian terbaik utk anak pertama dan kedua sy yg bersilih tahun amik exam memandangkn umur selisih setahun.. Alhamdulillah, kedua2 ank sy dpt UPKK straight 8A dan UPSR straight 5A…
Anak sulung sy sekarang Form 3 di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka (Mozac) dan anak kedua sy di MRSM Terendak Melaka… Anak ketiga sy pun alhamdulillah, kedudukan ranking kelas pertama di sekolah… Urusan anak2 masih berterusan di mana Sabtu dan Ahad, sy akan ukur jalan utk brsama dgn anak2 dia asrama pula.. Penat mmg penat, tp sy hepi dpt tgk muka ank2.. Bygkn smpai skrg sy masih teruskn, kecuali kalau ank2 ada aktiviti ???…
Nikmat Allah berikan sy wpun sy plan cukuplah 4 org anak, tp Allah kurniakan anak pada tahun kedua PhD sy.. Dgn mabuk kepayung n muntah, siap admitted hospital lagik.. yelah, dah tua mengandung lagik, hormon berubah ???… Slow progress on PhD, tp berkat nasihat Supervisor Hebat sy tu, sy diarahkan buat paper jek.. pulun la paper smpai 4 paper setahun tu… Sy mmg xde output research masa tu.. Hasilnya, value dr paper tu la sy gunakan utk isi thesis sy.. berkat sabar juga, sy dipermudahkan bersalin x sampai 30 minit masuk labour room…
Selepas 3 thn 6bulan, sy submit thesis dgn harapan dpt selesaikan PhD… Bulan 8, final thesis sy diterima dan dijadualkan viva 17/11/2015, malangnya ujian utk sy apabila external examiner sy meninggal pada awal bulan 10 dan yg paling sedih tiada sebarang report sempat dibuat oleh arwah Prof tu… (Al-Fatihah).. Pihak universiti perlu ikut senat meeting utk lantikan external examiner yg baru, as usual meeting sebulan sekali… Sy pasrah n redha… Pada 17/11/2015 tu, barulah meeting lantikan yg baru dan sy dpt info tarikh viva sy terpaksa dijadualkn pd bln 2,2016..
Bayangkan betapa sedihnya hati ibarat tunggu buah tak gugur, takkan nak jolok lak kan… At last sy dpt tarikh viva 23/2/2016 sebab external hanya available bulan 2… Hidup mesti diteruskan, wpun ikutkn hati dah down giler… Sbb niat nk settle awal x trcapai… Alhamdullilah, viva sy x lama dan sy dpt senat bln 4, 2016…
Hasil PhD sy, walaupun tak berdaya nak hasilkan paper yg boombastik berikutan masa terhad, sy dpt hasilkn paper yg sy sebagai 1st author.. 2 journal scopus dan 5 proceedings paper.. ada 2 journal dan 2 proceeding as author brsama…
Kalau nk citer, mmg pnjg la terutama kekangan kewangan.. Cuma, apa yg sy nk sampaikan, teruskan usaha… Carilah masa yg diri sendiri blh buat, esp waktu selepas anak2 tidur… jgn mudah mengalah… Yg penting yakin dengan takdir, redha, redha dan terus redha.. nangis byk kali dah sampai x terkira sbb terasa mcm xleh tanggung, tp as Muslim, kita yakin Allah takkan duga kita kalau kita tak kuat… Setiap yg berlaku ada hikmahnya…
Terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung kepada semua rakan2, 2nd SV, rakan2 dalam DSG… PhD bukan hanya sijil, tetapi pengalaman yg tak blh dijual beli… Alhamdulillah… ”
Dr Khyrina adalah pensyarah di UiTM Melaka. Moga beliau terus menabur budi mendidik anak bangsa supaya sukses sepertinya. All the best Dr Khyrina !