Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

10 Sebab Indonesia Destinasi Pengajian Tinggi Terbaik Berbanding Negara Lain

Unless korang hidup bawah tempurung, korang mungkin dah dengar tentang filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) 2. Filem ini bakal buat ramai jatuh cinta dengan Yogyakarta sebab salah satu part penting dalam plot filem ni adalah percutian Cinta dan geng dia yang hot (#girlcrush kejap) di Jogja.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, pada tahun 2010, Indonesia adalah destinasi kelima paling popular di kalangan pelajar Malaysia dengan jumlah pelajar 5,588. Negara-negara yang mengatasi Indonesia adalah Australia (20,493), UK & Ireland (13, 796), Mesir (8611) dan Amerika Syarikat (6100).

Jadi dengan keazaman untuk memberi informasi khususnya kepada mereka yang sedang memikirkan hala tujuan pendidikan seterusnya, kami interview beberapa bekas pelajar Malaysia yang pernah belajar di Indonesia tentang pembelajaran di di Indonesia.

1. Dapat duduk oversea dengan kos rendah

Jakarta – The Independant

Baru-baru ni kita dapat berita hampa bila biasiswa dikurangkan gara-gara kejatuhan nilai ringgit. JPA kata sorry not sorry tapi biasiswa oversea hanya akan diberi kepada student engineering di sesetengah negara je. Dah tu dengan ringgit kini tertenggek dekat RM3.90/1 US dollar, semputlah parents yang nak hantar anak ke US, Australia atau UK.

Tapi kalau korang belajar kat Indonesia, korang boleh save banyak sebab nilai ringgit masih tinggi berbanding rupiah. Yuran belajar* kat Indonesia juga tak semahal di US, UK atau Australia. In fact, kalau korang nak ambil kursus medic, belajar di Indonesia lebih murah daripada Malaysia.

2. Senang nak balik rumah, tambang pun murah

Bergantung kepada universiti pilihan korang, penerbangan dari KLIA mungkin hanya mengambil masa sekitar 2 jam (Jakarta/Bandung) atau 2.5 jam (Jogjakarta/Surabaya). Flights pun banyak disediakan oleh AirAsia, Malaysia Airlines, Garuda Indonesia, Malindo Air dan Lion Air.

Harga tiket tidak begitu mahal jadi boleh lah kalau nak balik kampung bertemu keluarga. Tambah pula nanti akan ada Terminal 3 Ultimate di Soekarno-Hatta International Airport di Jakarta yang bakal dibuka pada tahun 2017.

Mengikut pengalaman peribadi penulis, kebolehan untuk pulang jumpa family sangatlah penting untuk ketenangan jiwa. Lepas tu time graduation pun senang mak ayah nak mai. Kalau belajar kat Amerika, bersedialah korang naik flight 2-3 kali lebih daripada 24 jam. Harga tiket dah boleh beli laptop baru sebijik.

Cuaca lebih kurang sama, tak payah beli baju sejuk ala Che Ta

Oleh kerana cuaca di Indonesia mirip Malaysia. Kalau tak panas, hujan. Kalau tak hujan, panas. Kulit korang jugak tak akan mengalami kekeringan tahap gaban seperti yang dialami mereka yang belajar di negara empat musim.

Tapi sebab kualiti udara di kebanyakkan bandar-bandar utama di Indonesia agak parah, yang wajib kena beli adalah face mask untuk cover muka bila naik motor.

3. Tak payah sakit kepala cari rumah sewa

Sistem rumah untuk student kat Indonesia tak banyak beza dengan Malaysia (ramai-ramai sewa satu rumah) tetapi lebih sistematik. Student yang tak dapat asrama biasanya akan cari ‘kos’ (atau kost). Rumah kos ni milik persendirian, ada yang disewakan satu atau beberapa bilik je, ada yang disewakan satu rumah.

Tapi jangan expect dapat bilik yang mewah. Kebanyakkan kosni ala kadar tapi lengkap tersedia perkhidmatan wajib seperti kedai makan, kedai fotostat dan laundry. Salah satu syarat yang mesti dipatuhi pemilik kos adalah penyediaan seorang ‘ibu kos’ yang akan bertugas seperti warden. Di kawasan berhampiran universiti, kebanyakkan kos dikawal oleh ibu-ibu kos so jangan la risau pasal keselamatan.

4. Boleh belajar jadi tough

Ini salah satu point yang sangat ditekankan interviewees kami. Kalau belajar di Indonesia, korang dapat peluang untuk menjadi lebih tough. Kuliah bermula seawal jam 7 pagi so tak boleh malas bangun awal pagi. Makan secara sederhana di gerai tepi jalan. Biasakanlah diri makan duduk bersila atas tikar kerana konsep kedai makan sebegini ada di mana-mana (dikenali sebagai lesehan) dan sangat digemari golongan siswa.

Jangan lupa juga bahawa Indonesia adalah negara dengan penduduk keempat terbanyak di dunia. Di mana Malaysia hanya mempunyai kira-kira 30 juta orang penduduk Indonesia mempunyai sekitar 253 juta orang. Boleh bayangkanlah kepadatannya macam mana. Tapi bila dah boleh latih diri untuk boleh mencari ketenangan di dalam situasi yang overcrowded seperti di pusat-pusat bandar Indonesia, balik Malaysia nanti konfem korang takde masalah nak survive di kota-kota besar.

5. Peluang untuk jadi usahawan

Setiap tahun ramai orang Malaysia pergi holiday kat Indonesia untuk rekreasi dan bershopping . Google je ‘tempat shopping di Indonesia’, korang boleh tengok betapa banyaknya bloggers yang kongsi tempat untuk menghabiskan duit membeli-belah di Medan, Bandung dan lain-lain.

Kalau korang belajar di sana dan berminat untuk jadi usahawan international, boleh try cari supplier kain pasang/kain batik/telekung/door gifts/perabot/kopi untuk dijual di Malaysia. Kalau minat melancong, boleh try buat business tour guide waktu cuti sem atau hujung minggu.

Atau, kalau berminat untuk eksport produk-produk Malaysia ke Indonesia, korang boleh ambil kesempatan buat research produk-produk yang boleh dijual di Indonesia. Mana tahu rezeki ada di sana? Lepas graduate saving pun ada, pengalaman bekerja pun dah banyak dan professional contact pun dah berlambak.

Untuk suntik semangat korang, meh tengok video abang dua orang ni yang belajar di Medan and buka gerai jual burger secara part-time.

6. Belajar bahasa (separa) baru

Kat Malaysia, setiap kumpulan etnik ada dialek masing-masing, di Indonesia pun sama. Setiap kumpulan keturunan seperti Jawa, Sunda, Bali dan Batak masing-masing mengamalkan penggunaan dialek tersendiri yang cukup indah dan unik yang korang boleh belajar. Kajian telah menunjukkan bahawa penurunan daya pemikiran akibat peningkatan usia boleh diperlahankan dengan pembelajaran bahasa baru. Plus, kalau ada cita-cita nak ayat gadis Jawa yang cun, dapat bonus point kalau boleh berbahasa Jawa sedikit.

And of course, Indonesia akan mengajar korang ‘bahasa gaul‘ yang digunakan dalam filem-filem Indonesia kegemaran korang tu. Pastu bolehlah eksyen taip status Facebook dalam Bahasa Indonesia, macamlah korang dah 10 tahun jadi penduduk tetap Jakarta.

Kalau tak berapa yakin jika korang boleh belajar Bahasa Indonesia dengan mudah, ni ada tutorial singkat:

7. Makan sedap dan murah

Masakan Indonesia hampir sama dengan masakan Melayu di Malaysia tetapi mengikut lokasi, ada yang lebih pedas, ada yang lebih manis. Yang pasti, ia tidak akan memberi kejutan besar kepada tekak korang sebab bahan-bahan yang digunakan untuk memasak adalah hampir sama dengan yang digunakan di Malaysia.

Cuma, kalau korang nak cari Chinese food atau Indian food, ketahuilah dulu bahawa ia sudah diolah mengikut citarasa tempatan. Yang non-Muslim tu, jangan pi cari bah kut teh pulak. Tapi kalau korang salah satu daripada jutaan rakyat Malaysia yang tak boleh jauh dari nasi, korang mesti happy duduk di Indonesia sebab anda bakal berkawan baik dengan macam-macam lagi jenis nasi seperti nasi rames, nasi tumpeng, nasi uduk, nasi pecel dan lain lain.

8. Tak terabis tempat nak pergi holiday

Salah satu advantage belajar di luar negara adalah peluang untuk makan angin. Di Indonesia, peluang ini sangat menyeronokkan sebab Indonesia satu negara yang sangat affordable untuk anda travel walaupun dengan budget ciput student. Nak explore lokasi shooting AADC2 ka, experience coffee culture di Bandung ka, nak panjat gunung di Bromo ka, nak mandi laut dekat Bali ka, suka hati korang lah.

Kalau korang belajar di sana, pasti kengkawan dari Indonesia boleh recommend tempat-tempat best yang belum dikenali ramai foreign tourists. Mana tahu, selepas melawat tempat-tempat ini anda terinspirasi untuk menjadi celebrity backpacker seperti siswa ini?

9. Belajar berkongsi budaya

Bila Di Indonesia, jangan rasa pelik kalau nampak orang pakai songkok pergi ke gereja untuk bersembahyang. Budaya Indonesia, termasuklah dari segi bahasa, pemakaian, pemakanan, bahasa, dikongsi dan dipegang kuat oleh semua rakyat Indonesia tak kira keturunan atau agama.

Contohnya orang Cina beragama Kristian turut menggunakan nama Jawa. Orang Jawa beragama Katholik turut memakai bahasa Indonesia untuk berdoa di gereja. Semua rilek je. Pada hari-hari penting, semua pakai batik Indonesia. Sebagai future leaders Malaysia rasanya sangat membantu kalau boleh tengok sendiri bagaimana perkongsian budaya diwujudkan di sebuah negara yang multi-ethnic, multi-religious seperti kita.

10. Belajar bersyukur

Dengan income gap yang besar, kualiti kehidupan di Indonesia jauh berbeza di antara yang kaya dan yang susah. Pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 34.3 juta penduduk yang tinggal di kawasan setinggan dan 11.3 peratus rakyat Indonesia berada di kategori miskin.

Sebagai student dari Malaysia, semestinya korang pergi dengan persediaan kewangan yang cukup. Tak kisahlah korang pergi atas biaya sendiri atau biasiswa, at least cukup untuk makandan tempat tinggal, tapi dah dikira mewah dibandingakan dengan orang tempatan. mewah bagi orang tempatan yang bekerja keras demi sesuap nasi.

Kesimpooolan

Pendek kata, Indonesia memang sesuai untuk korang consider sebagai destinasi pengajian tinggi. Malah sudah ada ramai golongan professional dari luar negara terutamanya dari Barat yang melihat Indonesia sebagai destinasi yang bagus untuk menetap, contohnya akak ni:

Kepada korang yang nak ambil SPM, STPM atau A-Levels, tak salah untuk mula fikir hala tuju. Kalau betul-betul berminat untuk teruskan pengajian di Indonesia cuba check:

Walaupun Indonesia adalah negara jiran yang banyak share culture dengan kita, ia tetap memberi cabaran adapatasi budaya jadi janganlah take for granted yang bila korang sampai sana nanti automatically korang boleh adapt. Kajian menunjukkan bahawa pelajar Malaysia yang belajar di sana tetap mengalami kejutan budaya terutamanya dari segi bahasa, makanan, sistem pendidikan dan norma seharian.

Sumber – Soscili

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad