Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

1000 Tempat Ditawar Khas Kepada Pelajar Cemerlang Kaum Cina ke Matrikulasi – YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

Dalam sidang media Facebook Live Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik, beliau telah mengumumkan penawaran khas kemasukan 1,000 tempat kepada pelajar Cina yang layak dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) ke Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sesi kemasukan tahun 2018/2019.

Dr Maszlee berkata, kerajaan berusaha untuk membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik serta datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan peluang pendidikan yang terbaik. Pada tahun lepas, kuota tambahan telah pun dibuka kepada pelajar kaum India. Walau bagaimanapun, dengan pertambahan kuota bagi kaum cina dan terdahulunya kaum India, tidak menjejaskan atau mengurangkan kuota kaum bumiputera yang lain. Keputusan yang dibuat oleh mesyuarat jemaah menteri hanyalah menambah bilangan tempat sebanyak 1000 tempat kepada pelajar kaum Cina.

 

Untuk makluman anda, bagi sesi 2018/2018 seramai 84,891 permohonan telah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan bumiputera manakala seramai 4,068 pelajar bukan bumiputera telah ditawarkan tempat di kolej-kolej matrikulasi. Sejak tahun 1999, Program Matrikulasi KPM telah berjaya melahirkan seramai 262,957 orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di universiti dalam dan luar negara dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) dan profesional. Kepada pelajar cemerlang kaum Cina boleh menghubungi terus Kementerian Pendidikan di talian berikut : 03-8000 8000 untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan permohonan atau pihak matrikulasi KPM akan menghubungi pelajar yang layak.

Dalam sidang media tersebut juga, kementerian turut memaklumkan akan menaik taraf peralatan sains dan kejuruteraan yang canggih selain prasarana fizikal makmal dan bengkel untuk kemudahan pelajar matrikulasi. Dalam program itu juga turut diadakan penyampaian surat tawaran kepada tiga pelajar cemerlang kaum Cina yang menerima tawaran kemasukan ke program matrikulasi.

Sumber – Afterschool.my

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad