Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Kebolehpasaran Graduan UiTM Diiktiraf Antara Terbaik di Asia, Ke-4 di Malaysia

Sumber: Utusan
Oleh : Abdul Razak Idris

Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini tersenarai di kedudukan ke-137 dalam QS Asia Universiti Ranking 2019 iaitu peningkatan sebanyak 21 anak tangga berbanding tahun lalu.

Naib Canselornya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, pencapaian terbaik UiTM itu diperoleh menerusi skor reputasi graduan oleh majikan pada kedudukan ke-70 di Asia.

“Penarafan ini meletakkan UiTM dalam kalangan 28 peratus universiti terbaik Asia. Pencapaian dalam petunjuk reputasi oleh majikan ini membuktikan UiTM telah berjaya melahirkan graduan yang menepati kehendak majikan yang majoritinya terdiri daripada syarikat swasta tempatan dan multinasional.

“Pencapaian ini selari dengan keputusan QS Graduate Employability Ranking 2019 yang dikeluarkan baru-baru ini apabila UiTM telah berjaya tersenarai pada kedudukan keempat terbaik di Malaysia bagi kadar kebolehpasaran graduan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hassan memberitahu, UiTM turut menunjukkan penambahbaikan daripada petunjuk reputasi dalam kalangan rakan akademik serantau yang meningkat 10 anak tangga berbanding tahun lalu.

Katanya lagi, ini membuktikan usaha UiTM melebar luas ketampakan universiti dalam kalangan rakan akademik serantau telah menunjukkan hasil positif.

“Pada masa sama, UiTM berada pada kedudukan ke-106 menerusi petunjuk Jaringan Penyelidikan Antarabangsa.

“Strategi mengerakkan akar umbi di peringkat fakulti dalam konteks hubungan baik dengan pihak industri (majikan) dan kolaborasi penyelidikan antarabangsa akan terus dijalankan,” katanya.

Beliau menambah, UiTM akan terus memberikan komitmen dalam memastikan graduan yang dilahirkan bertepatan dengan keperluan industri.

Seterusnya beliau berharap UiTM akan terus melakar pelbagai lagi kejayaan dan mengorak langkah menjadi perintis dalam pelbagai bidang seperti yang telah dibuktikan melalui pencapaian autonomous vehicle, satelit nano dan pembedahan robotik.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad