Lant Pritchett Dakwa Kenyataan Mengenai Graduan Malaysia Diputar belit FMT
Tempoh hari kami ada menulis satu artikel yang bertajuk “Kualiti Graduan Malaysia Setaraf Dengan Pelajar Sekolah Denmark Yang Tercicir – Professor Universiti Havard”. Kenyataan itu sebelum ini dilaporkan oleh satu portal terkenal di Malaysia iaitu Free Malaysia Today (FMT) yang kononnya pandangan tersebut dilontarkan oleh seorang Profesor Harvard, Lant Pritchett semasa menghadiri forum Dasar Awam Asia 2017 di Subang Jaya.
BACA: Kualiti Graduan Malaysia Setaraf Dengan Pelajar Sekolah Denmark Yang Tercicir – Professor Universiti Havard
Laporan tersebut tersebar dengan pantas sehinggakan media popular tempatan seperti Berita Awani, Berita Harian dan Sinar Harian turut membuat laporan mengenainya. Kementerian Pendidikan turut diserbu pihak media untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai isu ini.
Datuk Seri Mahdzir Khalid mengenai perkara itu dengan bertanyakan kewajaran yang dikeluarkan oleh Profesor di universiti berprestij di dunia itu tentang graduan di universiti Malaysia ketika ditemu bual Berita Awani.
Sehubungan dengan itu, Free Malaysia Today turut memohon ampun dan maaf dengan menyatakan kenyataan itu sebenarnya tidak dibuat oleh Prof Lant Pritchett. Berikut kami kongsikan kenyataan sebenar Prof Lant.
Prof Lant hanya menyamakan pelajar sekolah menengah di Denmark yang tercicir dengan graduan universiti di Indonesia bukannya Malaysia. Kenyataan itu berdasarkan kepada kajian beliau ke atas graduan negara berkenaan menerusi International Assessment of Adult Competencies (PIAAC) yang dianjurkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) dengan melibatkan 35 buah negara.
Beliau menyangkal dakwaan wartawan FMT yang menyatakan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Katanya, mana mungkin beliau berkata sebegitu tanpa merujuk kepada kajian kerana, sebagai penyelidik apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan perlu dibuktikan dengan kajian yang mendalam. klik di sini untuk membaca berita penuh oleh FMT yang memohon maaf atas kesilapan itu.
Beliau turut berkata, wartawan FMT ada bertanyakan mengenai Malaysia tetapi beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Walaupun merujuk kepada laporan PISA yang sebelum ini menunjukkan Malaysia terkeluar daripada senarai, tetapi itu bukanlah menunjukkan kualiti sebenar graduan di Malaysia kerana ujian itu hanya melibatkan pelajar sekolah yang berumur 15 tahun sahaja. Ini tentunya tidak boleh membuktikan apa-apa.