BIASANYA kita akan berasa kagum melihat sijil-sijil pencapaian akademik seseorang terutamanya mereka yang berjaya hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).
Namun tidak semudah melihat sehelai sijil yang mencatat pencapaian itu… ada cerita penuh onak duri di sebalik usaha mengejar gelaran ‘Dr’ tersebut.
Antara tuntutan pengorbanan dan tanggungjawab demi masa depan, sudah tentu kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Nasir Selamat turut berkongsi pengalamannya mengambil PhD.
Bergelar graduan sarjana pada 2004, beliau sempat bekerja tiga tahun dalam industri swasta sebelum mengejar cita-cita terjun ke bidang ke bidang pendidikan untuk menjadi pensyarah.
“Saya memilih mengajar di UKM dan lepas dua tahun di situ saya ditawarkan cuti belajar dan buat PhD. Saya pilih buat PhD di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
“Ikutkan masa PhD tu pengorbanan paling ketara untuk sambung semula belajar, sebab dah lama iaitu tujuh tahun tinggalkan bidang akademik. Walaupun masa mengajar bidang akademik, tapi untuk buat research tu, peringkat PhD memang sangat berat,” katanya.
Menurutnya, biarpun menyambung pengajian kerana saranan majikan, pada peringkat awal lagi beliau sememangnya menyasarkan untuk mendapatkan PhD.
Padanya cabaran dan pengorbanannya sudah bermula apabila berpindah dan tinggal di USM untuk menuntut di sana secara sepenuh masa.
“Selama empat tahun di USM saya bergelumang dengan research. Cabaran itu bagi saya ambil tempoh masa yang lama. Di situ, supervisor (penyelia) saya pula antara yang hebat dekat School tersebut.
“Di situ, expectation supervisor itu memang tinggi, beliau nak kita buat yang terbaik antara terbaik. Jadi bukan senang, kajian saya pulang memang untuk contribute kepada industri. Perlu keluar dengan benda baharu dan cari kelainan dari sebelum ini. Ini yang supervisor mahu. Saya ambil masa empat tahun lebih juga untuk siapkan PhD,” katanya yang kembali mengajar sejak dua tahun lalu.
Terpaksa melangkaui masa lebih sedikit dari ditetapkan dalam tempoh cuti belajar, Dr Nasir berkata, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana ada seangkatannya hanya baharu tamat PhD baru-baru ini dan tidak kurang juga ada terus ‘menghilang’.
Ditanya kesukarannya ketika menyambung PhD, menurutnya kadangkala faktor bergantung kepada penyelia, dan selebihnya kepada diri penuntut itu sendiri.
“Jika kita disiplin, ia akan jadi mudah, kalau tidak, ia akan jejaskan write up kita. Nak buat write up juga bukan senang kerana ia berdasarkan ia berdasarkan ayat kita dari fakta-fakta dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini.
“Pengorbanan utama pada saya ialah masa, pengorbanan perhubungan dengan rakan-rakan, kadang perlu masa untuk diri sendiri tak berhubung dengan sesiapa dalam sebulan ke dua bulan. Saya sendiri dulu selalu terlepas tengok TV, kerana perlu tumpu pada research kita sahaja. Apa-apa kita baca hanyalah jurnal hingga kadang tak tahu dah apa isu-isu semasa,” katanya.
Menurutnya, apa pun baginya selepas masuk ke bilik viva, segala beban ditanggung sebelum ini tidak lagi terasa.
Made from real passion! Be proud of what you're made of. Get yours now at https://t.co/W2FAwFep4V or visit https://t.co/VXeEKdqq2e pic.twitter.com/YZHgcbzepo
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017
Dr Nasir berkata, faktornya yang masih bujang juga memudahkannya menyiapkan PhD berbanding mereka yang sudah berkeluarga di mana perlu membahagikan komitmen masa.
“Jangan rasa terbeban sendiri. Jika ramai kawan, boleh bantu bagi info, kerana ada perkongsian maklumat. Walaupun tidak mudah, bagi saya ramai berjaya habiskan PhD, cuma cepat atau lambat sahaja.
“Mungkin yang masih muda itu, sebaik tamat pengajian ijazah elok terus sambung ke sarjana dan PhD, kerana kita masih fresh dalam akademik. Biasa kalau bekerja dulu dan pegang duit sendiri dah lupa nak sambung belajar,” katanya, yang berjaya mendapatkan PhD pada usia 34 tahun.
Bukan mudah
Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Undang-undang, Dr Irini Ibrahim yang baharu selesai majlis konvokesyennya baru-baru ini berkesempatan berkongsi pengalamannya.
Mengambil masa selama tujuh tahun menyudahkan PhD, beliau yang bertugas sebagai Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini mengakui perjalanan itu bukanlah sesuatu yang mudah.
Menerima Ijazah Sarjana pada 2001, menurutnya peringkat itu lagi berdepan cabaran, apalagi dalam masa sama ketika itu beliau bekerja sebagai peguam.
“Masa tahun 1, rasa seronok buat master sebab saya suka belajar, duduk di universiti bersama pensyarah yang hebat-hebat. Dalam buat chambering saya terus belajar. Berdepan cabaran juga masa itu kerana sudah berkahwin, mengandung, sampai ada masa rasa tak larat buat master.
“Ditambah majikan tak faham keadaan saya masa itu, rasa agak terbeban dengan kerja dari pagi, kelas pula 6.30 petang hingga 8.30 malam… memang penat. Kadang marah pada diri sendiri, siapa suruh buat, tapi nak buat juga master sebab itu cita-cita saya. Namun alhamdulillah tiga tahun saya berjaya sudahkan master,” katanya.
Pada 2002, Dr Irini mendapat tawaran mengajar di UiTM dan terpanggil menyambung pengajian PhD pada 2008.
Walaupun masih terbayang ‘lelah’ semasa ijazah sarjana, beliau bersyukur biarpun mulanya seakan terpaksa menyambung pengajian ke peringkat PhD disebabkan polisi berkaitan, namun kini berjaya menyiapkannya.
Kali pertama di UiTM ? Ada pengalaman atau pandangan yang ingin di kongsikan ? Emailkan ke writers@madeinuitm.com pic.twitter.com/ttG8rhRHLE
— Made in UiTM (@madeinuitm) September 16, 2017
Beliau tidak menafikan pernah sampai satu masa, merasa hampir putus asa.
Dalam masa sama beliau juga menghadapi cabaran apabila anak keduanya berdepan masalah speech delay (lambat bercakap) yang memerlukan perhatian dan rawatan terapi.
“Tapi saya lega walaupun anak kedua saya macam itu, saya sangat mudah menjaganya, itulah hikmahnya. Anak bongsu saya ketika itu masih kecil pun perlu perhatian. Bayangkan masa perlu buat kajian empirikal jauh seperti di Ramsar site, di Sg Kinabatangan untuk kaji undang-undang tanah bencah (wetland) di Sabah.
“Pernah juga pergi seorang diri ke Australia hingga enam minggu untuk siapkan hasil kajian. Sangat sibuk dan jarang dapat jumpa parents dan tengok anak-anak sekolah,” kata ibu kepada tiga anak berusia 17, 14 dan 8 tahun ini.
Bagaimanapun beliau bersyukur suaminya banyak membantu dalam menguruskan keluarga.
Sumber – Sinar Harian





