Pelajar tahun akhir jurusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara menceritakan pengalamannya muncul sebagai pendebat terbaik untuk United Asian Championship Debat (UADC) baru-baru ini yang diadakan di Singapura.
Maizura Mokhsein, 23, juga mencipta sejarah dengan menjadi rakyat Malaysia yang pertama menerima penghormatan dalam pertandingan yang berprestij.
Menurut laporan The Star, beliau berjaya menewaskan 360 peserta dari universiti di seluruh Asia pada pertandingan yang diadakan selama sembilan hari itu pada 25 Mei – 2 Jun di Universiti Nanyang Technology di Singapura.
“Terasa terharu, apabila rakan-rakan saya gembira melihat saya menerima trofi.”
“Mempunyai pesaing dan orang-orang yang saya kagumi datang dan mengatakan tahniah adalah bahagian yang terbaik bagi semua perkara,” katanya
UADC adalah kejohanan terbesar dan paling berprestij di Asia. Ia menjalankan format Parlimen Asia, dimana tiga orang dalam setiap pasukan berdebat antara satu sama lain. Ia juga menyediakan kedudukan muktamad untuk semua pendebat di seluruh benua itu.
Tahun ini merupakan tahun yang kelima kejohanan diadakan dan menarik 120 pasukan.
Maizura mendapat markah yang tertinggi dalam kesemua pusingan awal.
BACA : BEKAS PENSYARAH UITM BANTU BUKTI TEORI ALBERT EINSTEIN
Selain kemenangan itu, beliau juga mendapat pelbagai anugerah lain, setelah memenangi 13 trofi negara dalam tempoh enam tahun beliau mengambil bahagian dalam perbahasan. Nama beliau juga tidak asing lagi dalam pertandingan syarahan antarabangsa.
Walaupun beliau ingin bersara daripada pertandingan tahun ini, Maizura sangat gembira selepas mengumpul banyak idea-idea debat daripada pesaing lain.
“Melalui debat, saya telah banyak belajar untuk menerima pelbagai idea. Saya juga telah belajar untuk mencabar idea-idea orang lain yang memaksa kita untuk mempercayai secara membuta tuli.”katanya
“Saya sama sekali tidak menyesal menyertai perbahasan. Dengan cara ini, ia merubah fikiran saya dan hidup saya, “katanya.
One Response