Pernah Gagal dan Diherdik Pensyarah, Kini Gadis ini Seorang Pensyarah dan Penerima Anugerah ANC UiTM

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Pernah Gagal dan Diherdik Pensyarah, Kini Gadis ini Seorang Pensyarah dan Penerima Anugerah ANC UiTM
SHAH ALAM 16 OKTOBER 2017. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang juga penerima Anugerah Naib Canselor, Nurul Wahida Mazlan 23 (tengah), meraikan kegembiraan bersama bapanya, Mazlan Saad 51 (kiri) dan ibu, Noorizan Md Ali 47 (kanan), diluar dewan selepas Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 87 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

Biarpun pernah diherdik bekas pensyarahnya sebelum ini, Nurul Wahida Nurul Wahida Mazlan, 23, tersenyum lebar apabila menerima Anugerah Naib Canselor (ANC), selain kini turut berkhidmat sebagai pensyarah.

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Kulinari itu seorang daripada 22 penerima ANC pada Majlis Konvokesyen ke-87 Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam, Selangor

Menurutnya, dia masih teringat kata-kata bekas pensyarahnya yang memaklumkan dirinya tidak akan berjaya selepas gagal dalam pengajian Asasi Undang-Undang.

“Namun, ia mungkin hanya sekadar niat seorang pensyarah yang mahu membantu dan mencabar penuntutnya kerana dilihat sering kali gagal pada ujian setiap semester.

“Sehingga kini, pensyarah itu yang sentiasa memberi sokongan dan membuka mata saya untuk mengubah hidup,” kata anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Sebelum ini, Nurul Wahida mengikuti pengajian Asasi Undang-Undang selama setahun tetapi gagal dan terpaksa membuat rayuan untuk ulangan pengajian.

“Selepas itu, saya dapat menamatkan kursus berkenaan dengan keputusan sekadar ‘cukup makan’ dan tidak berjaya menyambung ke peringkat ijazah walaupun saya cuba membuat permohonan lain.

“Lebih mengecewakan apabila semua permohonan untuk melanjutkan pengajian ditolak,” katanya yang menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.63.

Artikel asal – hmtro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

tuah bekas penuntut uitm
UiTM di ❤ ku

Tuah Bekas Penuntut UITM

Tuah nyata menyebelahi Mohd Hadli Hairudin, 24, yang diberi peluang mengarahkan filem Karya 12 terbitan Astro, yang bakal menemui penonton pada penghujung September nanti. Pemuda

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE