Makluman Penting : majoriti tarikh akhir permohonan biasiswa ini adalah pada akhir bulan Mac ini. Oleh itu, kepada anda yang berminat untuk memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan, buatlah permohonan.
Kepentingan biasiswa bukan sahaja untuk menjelaskan yuran tetapi juga untuk kos sara hidup. Biasiswa memainkan peranan yang penting dalam menentukan kelangsungan pelajaran seseorang pelajar yang kurang berkemampuan bagi meneruskan pengajian di peringakt lebih tinggi
Kebanyakan keluarga yang tidak berkemampuan berharap agar anak-anak mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi suapaya dapat nasib dan masa depan mereka.Biasiswa disedia sebagai satu initiatif buat para pelajar dari keluarga sederhana dan miskin untuk memastikan kejayaan dicapai.
Biasiswa yang diberikan dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk berusaha demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.
Dengan keadaan ekonomi sekarang ini, ramai dalam kalangan anda tentu sedang mencari pembiayaan untuk melanjutkan pengajian bukan? Tapi ramai tak tahu dekat mana dan macam mana untuk mendapat sesuatu biasiswa itu.
Bagi memudahkan anda mencari biasiswa manakah yang bersesuaian mengikut bidang dan sebagainya, kami kongsikan senarai keseluruhan biasiswa yang ditawarkan sehingga Mac 2017.
Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2017
Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017
Biasiswa Permodalan Nasional Berhad
Biasiswa Kerajaan Dibawah MyBrainsc untuk Pelajar Aliran Sains Kini Dibuka
Biasiswa Kerajaan New Zealand 2017 untuk Melanjutkan Pengajian ke New Zealand
Biasiswa ASEAN (Ditawarkan oleh Kerajaan Singapura)
Biasiswa Yayasan Kuok Berhad (Pelajar sedang dalam Pengajian Ijazah Sarjana Muda)
Biasiswa KPMG ASEAN 2017
Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017
Biasiswa Yayasan Peneraju 2017
Biasiswa Kerajaan Negara Brunei 2017
Tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) untuk Melanjutkan Pengajian
Biasiswa Karangkraf 2017!
Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) 2017
Biasiswa Kecemerlangan Universiti Manchester
Faculty of Engineering Excellence Scholarships (FEES) at University of Strathclyde, UK
Biasiswa Xiamen Universiti 2017
Biasiswa Kerajaan Korea
Anugerah Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2016
Persephone Miel Fellowship for International Journalists (USA)
Biasiswa University of Louisiana Fleur-de-Lis International (USA)
Amcorp Study Grant 2017

University of Lincoln : Biasiswa Kecemerlangan Akademik
Khazar University International Scholarship Program
Biasiswa Fair & Lovely 2017
Biasiswa Kerjasama Khazanah dan International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF)
Sekali lagi kami ingatkan bahawa majoriti tarikh akhir permohonan biasiswa adalah pada akhir bulan Mac ini. Oleh itu, kepada anda yang berminat untuk memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan, buatlah permohonan. Sebarkan kepada kenalan-kenalan anda yang lain supaya kita dapat membantu mereka-mereka yang menghadapi masalah kekangan kewangan dan peluang untuk meneruskan pengajian!
4 Responses
Assalamualaikum,Adakah saya layak untuk masuk UiTM?
InsyaAllah layak 🙂
Saya mendapat 3B 2C+ 2C 2D
Hi slm sejahtera.. Biasiswa apakah yang layak sy peroleh untuk pelajar Master Degree pendidikan muzik?