Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

UiTM Dihina! Cemerlang Hanya Atas Kertas .

Penulis ingin berkongsi kepada semua warga UiTM bagaimana pengalaman penulis mempunyai seorang kenalan yang menuntut di sebuah universiti swasta terkenal di Malaysia.

Sudah lama kami tidak bersua dan sudah pasti pertemuan kami merungkai pelbagai perkongsian yang menarik.   Walaupun kenalan penulis ini berbangsa Melayu tetapi dia dengan bangganya menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan kewujudan UiTM sebagai sebuah universiti yang mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera.

Katanya Melayu akan semakin bertambah malas dan akan menjadi kurang berdaya saing jika terus terkongkong dalam kepompok Universiti Melayu.  

Tak cukup dengan itu dia juga mempertikaikan kualiti graduan UiTM yang hanya dianggap sebagai kelas bawahan dalam dunia pekerjaan yang cuma cemerlang hanya atas kertas. Begitu juga dengan isu lambakan graduan yang menganggur dan menyalahkan UiTM sebagai salah satu punca.

Sebagai salah seorang warga UiTM, berdesing telinga penulis mendengar kata-katanya yang sugguh pedih itu. Puas penulis cuba memperbetulkan keadaan dengan menyatakan bahawa UiTM bertindak sebagai mekanisme bantuan untuk golongan Melayu yang tidak bernasib baik dan tidak berkemampuan seperti dirinya.

Selain itu, UiTM juga menjadi sebuah medium utama dalam melahirkan lebih banyak professional dan pakar dalam pelbagai bidang kepada bangsa Melayu dan Bumiputera.   Malangnya, kenalan penulis ini menuduh pemikiran penulis sempit dan tidak terbuka luas untuk maju kehadapan.

BACA : 4 FLAT DEKAT UITM BERSAMAAN DENGAN 2 POINTER DEKAT UIA ?

Persoalannya, adakah pemikirannya tidak sempit dalam memikirkan kelangsungan dan kebajikan bangsanya sendiri untuk survival di Tanah air ini. Dia mungkin tidak menyedari yang kewujudan UiTM secara kolektifnya telah membantu pembangunan Negara dalam membangunkan lagi bangsa Melayu dan Bumiputera sebagai majoriti di dalam Negara ini. Walhal Saudara berbangsa cina kenalan penulis sendiri mengakui yang jika orang Melayu maju dalam pelbagai bidang bangsa lain juga akan seiringan maju bersama-sama dan menjadikan Malaysia Negara Kelas Pertama seperti yang diimpikan..

Adakah ini masih dianggap pemikiran sempit dan tertutup?   Dengan izin Allah penulis bertemu kembali dengan kenalan penulis itu. Tetapi kali ini caranya sedikit berbeza. Banyak benda dia bertanya kepada penulis mengenai UiTM. Penulis mula curiga dan bertanya kepadanya, kenapa dia ingin mengetahui tentang UiTM sedangkan sebelum ini dia begitu benci dengan kewujudan UiTM

Rupa-rupanya, adiknya baru sahaja mendapat tawaran Asasi Undang-undang di UiTM Shah Alam dan dia mula sedar betapa pentingnya kewujudan UiTM kerana adiknya merupakan harapan untuk menjadi peguam pertama dalam ahli keluarga mereka.

Alhamdullilah, akhirnya dia menyedari betapa pentingnya kewujudan UiTM ini kepada bangsa kita.  Persoalannya, salahkah kita menjaga bangsa kita sendiri?

Jika amalan menjaga UiTM ini memberikan kebaikan bukan sahaja kepada bangsa kita malahan kepada Agama dan Negara. Wajarkah kita menghina dan menghapuskannya?

Persoalan ini penulis tinggalkan kepada semua warga UiTM. Cukupkah kita menghargai UiTM sebagai benteng kejayaan kita pada masa hadapan atau kita hanya mengunakannya sebagai kemudahan semata dan membiarkan kemudahan itu terhapus pada masa akan datang, seperti kata pepatah,

Habis madu sepah dibuang.
** This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of Made In UiTM .

Register.
Enjoy 10% Discount.


Deprecated: Elementor\Scheme_Typography is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Typography instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Deprecated: Elementor\Scheme_Color is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Color instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad