Usah Kelirukan Masyarakat – Nur Sajat Bukan Wanita Tulen

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Usah Kelirukan Masyarakat - Nur Sajat Bukan Wanita Tulen

Kenyataan Doktor Hanya Buktikan Nur Sajat Seorang Wanita Melalui Gender, Bukan Seks.

Isu mengenai jantina usahawan popular Nur Sajat sudah tentu menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia. Nama Nur Sajat menjadi trending beberapa kali di kalangan netizen satu ketika dahulu apabila beliau mengambil keputusan untuk memakai tudung setelah mengalami kemalangan jalan raya dan tampil dengan satu kenyataan bahawa beliau dilahirkan sebagai seorang khunsa.

Nur Sajat mengeluarkan kenyataan ini berikutan kecoh kisah yang ditulis beberapa blogger tempatan bahawa dirinya seorang transgender atau pondan. Blog tersebut mendakwa bahawa Nur Sajat dilahirkan sebagai seorang lelaki dan menukar jantina di negara jiran. Untuk menjawab kepada pertuduhan-pertuduhan, Nur Sajat tampil dengan satu kenyataan panjang.

Tiada kenyataan sah dari pihak Hospital Kerajaan Lumut, Perak, hospital dimana Nur Sajat dilahirkan pada tahun 1985, mengesahkan bahawa beliau dilahir sebagai khunsa. Tiada bukti-bukti kukuh ataupun kenyataan rasmi dari pihak hospital yang menguatkan lagi kenyataan itu.

Adakah dengan kenyataan tersebut maka terjawablah segala persoalan bahawa Nur Sajat adalah seorang khunsa yang memilih untuk menjadi wanita atau adakah ianya sekadar suatu cerita yang sengaja dibuat-buat untuk menutup bahawa hakikatnya dia adalah seorang lelaki yang ingin menjadi wanita? Netizen masih lagi tertanya-tanya adakah kenyataan Nur Sajat itu benar-benar sahih ataupun sebaliknya, namun ramai juga yang memilih untuk bersangka baik.

Kenyataan Terbaru Nur Sajat.

Baru-baru ini, nama Nur Sajat sekali lagi menjadi trending apabila beliau tampil sekali lagi dengan memuat naik kenyataan rasmi doktor dari hospital swasta, KPJ Ampang Puteri mengenai status kewanitaannya itu.

https://www.instagram.com/p/BQkKS_GAoH6/?hl=en



Mengikut kenyataan doktor ini, Nur Sajat kini sah bergelar seorang wanita mengikut gender.

Akan tetapi, apa yang membingungkan orang ramai ialah kenyataan rasmi doktor tersebut tidak menyatakan bahawa Nur Sajat ialah seorang insan yang dilahirkan khunsa dan memilih jantinanya sebagai seorang wanita. Malah, kewanitaan Nur Sajat itu diklasifikasikan mengikut gender dan bukan seks. Ini kerana defnisi kedua-dua perkataan itu adalah berbeza.

Mengikut MyRujukan, definisi perkataan gender itu bermaksud stereotaip yang diberikan oleh anggota masyarakat sejak dari dahulu lagi untuk membezakan peranan antara lelaki dan wanita. Ia terhasil daripada proses sosialisasi dalam sesebuah masyarakat untuk membezakan fungsi dan tanggungjawab antara kaum lelaki dan perempuan dan bukannya menerusi proses biologi, kajian saintifik, dan logik yang membezakan lelaki dan wanita.

BACA : Perbezaan Makna Perkataan Jantina Dan Gender – Rakyat Malaysia Keliru

Apa yang jelas, kenyataan doktor tersebut hanya menyatakan bahawa Nur Sajat adalah wanita mengikut gender dan ini masih belum jelas samada benar Nur Sajat dilahirkan sebagai khunsa atau pun sebaliknya.

Kenyataan terbaru Nur Sajat itu mendapat liputan meluas terutama dari portal online seperti Rotikaya dan OHBULAN!

Reaksi netizen mengenai kenyataan terbaru Nur Sajat.


Mengikut dakwaan netizen, Nur Sajat pernah mengakui pernah mengambil pil-pil hormon dengan tujuan menukar diri menjadi wanita menerusi program temuramah EKSLUSIF yang bertajuk ‘Halalkah Aku?’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE