Makluman Penting : majoriti tarikh akhir permohonan biasiswa ini adalah pada akhir bulan Ogos ini. Oleh itu, kepada anda yang berminat untuk memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan, buatlah permohonan.
Kepentingan biasiswa bukan sahaja untuk menjelaskan yuran tetapi juga untuk kos sara hidup. Biasiswa memainkan peranan yang penting dalam menentukan kelangsungan pelajaran seseorang pelajar yang kurang berkemampuan bagi meneruskan pengajian di peringakt lebih tinggi
Kebanyakan keluarga yang tidak berkemampuan berharap agar anak-anak mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi suapaya dapat nasib dan masa depan mereka. Biasiswa disedia sebagai satu initiatif buat para pelajar dari keluarga sederhana dan miskin untuk memastikan kejayaan dicapai.
Biasiswa yang diberikan dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk berusaha demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.
Dengan keadaan ekonomi sekarang ini, ramai dalam kalangan anda tentu sedang mencari pembiayaan untuk melanjutkan pengajian bukan? Tapi ramai tak tahu dekat mana dan macam mana untuk mendapat sesuatu biasiswa itu.
Bagi memudahkan anda mencari biasiswa manakah yang bersesuaian mengikut bidang dan sebagainya, kami kongsikan senarai keseluruhan biasiswa yang ditawarkan sehingga Mac 2017.
Senarai Biasiswa yang Dibuka Sehingga Ogos 2017
Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng 2017
Biasiswa Sony EMCS (MALAYSIA) 2017
Biasiswa Agrobank 2017
Biasiswa Daikin 2017
Biasiswa YTL Cement 2017
Biasiswa Top Glove 2017
Biasiswa Bursa Malaysia 2017
Bantuan Kewangan Asasi Universiti Awam 2017
Biasiswa MAXIS 2017
Biasiwa Yayasan LOTTE 2017
Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang 2017
Biasiswa ASEAN Network Universiti Bangkok, Thailand 2017
Biasiswa Tasek Corporation Berhad 2017 (Bidang Kejuruteraan)
Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong Berhad 2017
Biasiswa Tun Sambanthan 2017
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)
Yayasan Bank Rakyat (Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah) 2017
Pinjaman PWPT Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka 2017
Biasiswa Program Children Diaspora
Biasiswa Xiamen Universiti 2017
Biasiswa Karangkraf 2017!
Jika anda memenuhi syarat kelayakan buatlah permohonan sebelum tarikh tutup. Berpuluh-puluh biasiswa ditawarkan setahun, apa yang penting rebut peluang yang tidak selalunya dibuka ini.
Sebarkan kepada rakan-rakan, adik-beradik, atau sesiapa sahaja yang ada rasa relevan untuk dikongsikan mengenai info ini.



